Feb 26, 2012

Sabtu di Menara Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

This weekend harus bekerja, so sad. Memang takde mood langsung nak menghadap drawing AO size pulak tu. -_- Dalam pukul 3 lebih macam tu, kami pergi makan then pergi KL Tower. Actually tak rancang pun nak naik KL Tower. Tetibe je "jom pi KL Tower, dah lama tak naik" Then terus je melencong ke sana.

View from bottom of tower. Penat oi mendongak nak amik gambo ni. Panas pun panas.

Oh ya, lupa nak kata. Kat menara ada pameran Pesta Negeri. Ada model rumah-rumah bagi setiap negeri di Malaysia. Paling cantik kat situ rumah negeri Pahang. Yeke negeri Pahang punya rumah cantik. Bukan rumah limas Johor ke yang paling cantik? Haha.

Binatang ni aku memang tak paham kenapa beliau turut dijadikan pameran.

Comel kan ada permainan dam aji sebesar ini. Kami main sat, aku ada satu aji, Chan ada 3 aji. Terus aku declare kekalahan sendiri. Cis.



Yang ni rumah Negeri Sembilan. Minangkabau. Tapi memang ada langsir putih ke?



View from the pelantar. Rasa macam jakun pula dapat tengok satu KL daripada atas.


Mesti dah tahu kan yang KL Tower ni merupakan menara tekomunikasi keempat tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 421meter. Menara paling tinggi ialah di Toronto, Kanada setinggi 521meter.

Eh, masuk KL Tower dikenakan bayaran sebanyak RM 30 bagi pakej asas ditambah dengan pilihan samada animal zoo, pony ride atau formula 1. Kami pilih animal zoo, akan diupdate in next entry. Nak masuk kena tunjuk Mykad k.

No comments: