Jun 3, 2012

Hello June!

Assalamualaikum!

Hey! June already. Masa berlalu terasa pantas. Harini 3 June, genap 8 bulan aku bekerja di CNH Jurukur Bahan. Dan sekarang berada di Muar. Esok aku cuti, sebab daripada minggu lepas aku apply cuti untuk hari esok. Memandangkan cuti sekolah sekarang ni, so aku pun apply cuti bolehlah spend time dengan family. Taklah terasa terkejar-kejar nak balik Kolumpo.

Let's imbas kembali apa yang berlaku lately;

1) Hari Khamis lepas is the last day for Atika bekerja di CNH. Dia balik kampung kerja kat sana. Duduk dengan family adalah salah satu perkara paling bahagia yang korang kena tahu ye. Tak semestinya duduk jauh dengan family, boleh bebas-tak tentu hala-takde sape monitor-sukahati korang ye. Aku sendiri prefer duduk dengan family, tapi apakan daya, qs consultant firm tak wujud di Muar ni. Satu-satunya company yang nak aku bekerja dengan dorang ialah CNH. Seperti biasa, bila hari terakhir dan hari perpisahan, for sure ada sesi bergambar-tak-hingat-bos-ada-ke-takde. Tapi yang paling sweet sekali, bila Bos kitorang sendiri suruh buat timer pada kamera supaya semua boleh bergambar sekali. Sweet kan. (aku cakap sweet, sebab Bos aku tu adalah garang)

2) Hari Jumaat, office kitorang dapat new staff. 3 orang sekaligus. Seorang lelaki practical training dari UTAR, lagi dua orang perempuan ialah lepasan ijazah dari UTAR dan UM. Seorang melayu dan seorang cina. Dan hari Jumaat itu jugaklah sebenarnya ada kerja urgent untuk aku selesaikan. Tapi yang menjadi masalah, Bos aku take 3 hours after lunch mengadakan sesi penerangan kepada kami. 3 jam ok! 3 jam! That's why aku balik pukul 8 malam sebab nak siapkan semua kerja tu. Tak kesian kat aku ke Bos ni? Aku ada anak-anak yang aku kena bagi makan tahu? Tak tahu ek? Ok -__-

3) Hari Sabtu, pagi-pagi buta aku bangun sebab tiket bas ialah pukul 7 pagi. Pukul 5 pagi dah bangun, tengok anak-anak dalam sangkar. Pukul 6.15 pagi dah keluar rumah take LRT pergi Bandar Tasik Selatan. Mengantuk ya Allah. Duduk dalam bas, terus tidur. Sebelum tidur tu dah berdoa, harap-harap Sugi dan Manis tak crabbing. Aku tak risau dengan Manis, sebab Manis sangat sopan dan diam. Yang aku risau ialah Sugi, dia amat-amat pantang kalau terkejut atau terhidu bau yang lain daripada dia pernah bau sebelum ni. Mesti dia crabbing dengan kuat siap depakan sayap -__- Sampai ke Muar, anak-anak aku memberi kerjasama yang baik, tidur all the time. Good!

4) Dah sampai Muar, aku minta pakcik driver bas turunkan aku tepi jalan utama. Then Abah aku ambil aku, naik motor takde helmet. Kampung, apa adehal tak pakai helmet. Ada polis kejar, kita pecutttt! Masuk rumah je, aku cari makanan, aku lapar. Semalamnya aku tak makan, balik kerja pun dah lambat. Then Mama hayun travel bag Sugi dan Manis, Mama kata ''Cantiknya beg!" *sambil hayun-hayun* Apalagi aku dari dapur teriak ''Jangan maaaa...ada binatang dalam tu!'' *berlari ke Mama* Mama lempar travel bag ke tilam -__- Terus Sugi crabbing. Dah lepas ngok-ngek-ngok-ngek explain pasal Sugi dan Manis, kitorang pergi Cheng, Melaka. Wahhh, aku baru sampai dari Kolumpo, terus pergi Melaka pulak apehal? Beli barang-barang perkahwinan jiran aku. Abah aku dah macam perunding perkahwinan sekarang ni. Aku ingatkan cuma ambil tempahan masakan kenduri kahwin. Rezeki Tuhan bagi, aminnn...

Tak lama lagi Ramadhan, dah ganti puasa? Dah bayar kifayah? Eh? Memandai je tanya orang lain, senanya kite pun belum ganti lagi. Atok Mak kite dah memarah kite sebab kite lambat ganti, hihi.

2 comments:

Anonymous said...

salam.nak tanya.okay tak kerja di CNH?

juleha.aripen said...

ok :)

Daisypath Happy Birthday tickers