May 3, 2014

Budget Trip to Sabah Part 4 - Rumah Terbalik


Rumah Terbalik / Upside Down House

In our way to Kundasang, there are 2 place of interest yang kita kena singgah. Kena ya. Mesti. Sebab aku memang tak pergi Sabah dah lah lepas ni. Kekeke. 1) Tamparuli Bridge 2) Upside Down House.

Kedua-dua tempat ni betul-betul kat tepi jalan. Jalan dari Yomi Hotel ke Kundasang memang lurus je. Jadi ada kemungkinan akan terlepas 2 tempat ni. Jadi mata ke liar. Sebab kitorang memang terlepas dua-dua tempat ni. Pertama, terlepas Jambatan Tamparuli, kitorang biarkan. Kedua terlepas Rumah Terbalik, kitorang u-turn, kekekeke. Mana boleh jadi terlepas sampai 2 kali. Kitorang memang tak singgah kat Jambatan Tamparuli, tapi kitorang nampak jambatan tu. Cuma jambatan je untuk ambil gambar.

Tiket untuk masuk Rumah Terbalik berharga RM10/dewasa. kami sampai situ awal pagi hampir pukul 8 tapi matahari dah macam pukul 11 pagi. Panas bak hang.... Kawasan Rumah Terbalik tak besar. Ada 1 rumah terbalik, 1 kereta terbalik, 1 toilet terbalik, 1 kawasan tanaman terbalik dan itu sahaja. 




Rumah Terbalik ni boleh masuk ke dalam. Semua barang dalam rumah tu terbalik. Tapi tak boleh ambil gambar :(





Kereta terbalik. Nombor plat Johor. Apa ke hal sampai Sabah?



Betapa bersungguh-sungguh kami mengambil gambar. Kengkonon gambar paling elok le ni, kekekeke.






Toilet terbalik ni kat luar je sebenarnya. Aku ingat kat dalam rumah. Kira macam sample je gitu. Tak feeling langsung :(






Sebelum balik, mari membeli freeze magnet. Wajib beli. Kalau pergi holiday memang wajib beli kan?


Dah keluar baru nak ambil gambar kat signboard, kekekeke.

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers