Nov 23, 2010

Hospital

Assalamualaikum!

Petang tadi pergi hospital sebab adik aku yang bertuah ni ada appointment dengan doktor untuk buka simen tangan dia yang patah. First ke bilik x-ray untuk check tangan dah ok ke belum. Tengok tu tangan berbalut sampai ke siku. Patahnya kat pergelangan tangan sebab terjatuh kat sekolah agama. Ish, ish, ish.



Ni result masa tangan dah di x-ray. Entah dah baik atau tak, aku pun tak tahu. So, lepas ni pergi jumpa doktor bawa result x-ray ni sekali.

Jabatan ortopedik adalah khas untuk bahagian pertulangan ye tuan-tuan dan puan-puan. Dulu pernah belajar Biologi bab tulang-tulang, and the result for Biology is 7D. Haha. Sangat sadis punya result. Aku pun tak target untuk credit, apatah lagi gred A, at least lulus pun jadilah :p (sebab tu lah saya student quantity surveyor sekarang ni, dan bukannya student medic)

Dah lepas selesai hal kat hospital, kita orang pergi bandar, actually Wetex Parade sebab nak beli hadiah kecemerlangan adik aku for his good result in Standard 5. Nombor 1 dalam kelas dengan keputusan 4A 1B bersamaan 78% keseluruhannya. Bagus kan? Tapi aku rasa peratus still gred B, so kena improvekan. (B untuk subjek Bahasa Inggeris) Bangga la jugak sebagai kakak sebab masa aku darjah 5 aku dapat nombor 25 :p (ya, saya tak pandai sangat, dan tak bodoh juga ya)

p/s: abaikan kesalahan penggunaan kosa kata, kesinambungan ayat dan apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya. terima kasih untuk mama sebab pinjam kamera handphone untuk capture gambar, kui3.
Selamat malam....tidurlah..sayangku...by Faizal Tahir.

4 comments:

Lia Hasty said...

terer adik ko.
tahniah.

juleha.aripen said...

mak aku garang kot, tak belajar kena sebat. haha.

Lia Hasty said...

takpun ko yang garang.

juleha.aripen said...

ahaha. dah pencetak pun garang, aku pun garang jugak lah. :p

Daisypath Happy Birthday tickers