Aug 11, 2011

11 Ramadhan

Assalamualaikum.

Aku bukak gerai dalam pukul 3. Aku sampai ke bazar dalam 2.45 petang. So, aku ada 15 minit untuk aku susun lauk, kemas barang kat meja belakang dan letak senduk sudip kat lauk-pauk. Kalau ada orang bujang yang pakaian mereka macam baru balik kerja, lepas tu beli nasi putih letak lauk ayam masak merah atas nasi (means, lauk tak asing) aku dapat agak and teka yang dorang tak puasa. Lepas beli, balik rumah terus melantak nasi putih dengan ayam masak merah tu, goyang kaki tengok tv sekejap pastu tertido kekenyangan macam ular sawa bunting.

*Uishhh, teruk sangat buat fitnah ni, keh3. Ok-ok, aku tak tau pun apa dorang buat lepas beli nasi berlauk kat gerai aku.

Lepas first customer, second customer, aku toleh kanan.

Sebelah gerai aku, gerai murtabak+roti john+roti bom. Owner dia, aku panggil Abang Sani. Sebelah gerai Abang Sani, ada gerai jual air. Tapi tong air dia 2 biji je. Kekadang jual air bandung, kekadang anggur, kekadang pic. Dia tukar-tukar, ikut mood barangkali.

Ok, sambung cerita aku toleh kanan. Masa aku toleh kanan, kebetulan satu brother ni minum air anggur ke keladi ke, entahlah tapi air tu warna purple, uiii, sedap betul minum pakai straw. Aku ni yang duk menjual, siap bawak kipas nyonya kot sebab tak tahan bahang matahari. Dia punyalah cergas hari-hari, rupa-rupanya tekak licin dengan air batu. Dah sekali aku toleh. Aku diam. Aku toleh kali kedua, brother yang satu lagi pulak, ni kira member dia ah, minum jugak, dua kali dia sedut straw.

Bang, kalau ye pun taknak puasa, abang bawak le air kaler kali abang tu jejauh pi minum kat dalam kereta ke, dalam van ke. Ni abang minum kat bazar ramadhan bang oi. Orang ramai lalu lalang. Bukan pelanggan je yang ada kat bazar tu, ni peniaga jiran-jiran abang ni ha pun orang jugak. Kami reti nak menoleh kiri-kanan. Takkan takde kesedaran sivik langsung bang. Abang takkan tak tau malu. Malu le bang ngan kitorang ni ha, malu kat tuhan tu saya malas nak cakap la bang, abang reti kan?

Lepas tu time berbuka, abang punyalah pelahap macam orang puasa seminggu yang tak pernah jumpa nasi. Rilek ekh bang ekh. Rilek. Abang kipas badan pakai towel good morning tu macam abang kena matahari tu sengsorang. Abang punya letih macam kitorang je yang berniaga kat bazar tu.

Last-last aku cakap kat abang tu, ''Takkan la abang puasa kan bang''. Abang tu gelak.

See! There's nothing we can do if dorang dah memang macam ni.

3 comments:

Miss Eila Sim said...

org macam tu kena tegur. tak tegur kita dosa. tapi kalau tegur nanti mcm menyebuk tepi kain org plak. mana2 pilihan yg berkenan dihati la. tegur atau tak.

tapi gila cool abg tu gelak je bila zu ckp cm tu. dah hilang saraf malu kot. =)

juleha.aripen said...

ha tu la, zu tegur jugak tu, tapi dengan cara dia la. at last, dia gelak je. sebenarnya dia paham tapi buat2 takde apa.

Miss Eila Sim said...

gila cool la, kalau eila dah malu dah. tu pun kalau tak puasa tak bersebab laaaa. puasa bersebab sakit perempuan tu boleh terima lagi. =)