Aug 26, 2011

Berharap Bebot pulang ke sangkar

Assalamualaikum.

Lagi 3 hari nak raya, Insyallah. Esok last day aku kat bazar, hari ahad boleh shopping, yey!

Tapi entry ni aku nak cerita pasal Bebot, satu-satunya kucing jantan kat rumah aku. Semalam, masa aku dah nak pergi bazar dalam pukul 2.30 petang cenggitu, aku nampak Bebot ceria cakar-cakar tar jalan kat depan rumah. And then bila balik nak berbuka puasa, aku rasa Bebot okay lagi. Lepas tu malam dalam pukul 10, Abah balik dari warung. So, macam biasa memang akan bukak pintu and amek barang-barang yang Abah bawak balik. Lepas tu aku nampak Bebot duduk diam kat pagar rumah. Kat keliling Bebot ada air. Time tu aku dah saspek yang itu air kencing Bebot. Aku dah pelik. Selalunya Bebot kencing kat celah-celah pasu, bukan kat depan pagar rumah. Aku pergi dekat dengan dia, aku tengok mata kiri dia berdarah, misai kiri dia dah takde, bogel. Kat kawasan misai dan mulut dia pun berdarah. Hidung dia penuh darah beku. Darah semua dah keras, beku, warna merah pekat. Aku tetiba je jadi sebak. Kenapa Bebot macam tu? Dia kena pukul ke? Kena tendang ke? Siapa yang buat dia cenggitu? Bebot tak pernah kacau orang. Nak dekat dengan orang lain yang dia tak kenal lagilah jauh. Dia cuma kenal keluarga aku je, sebab kitorang yang bagi makan. Berlari-lari aku masuk rumah amek tisu. Aku lap perlahan-perlahan muka Bebot. Lembutkan tisu dnegan air, aku lap lagi. Sampai muka dia bersih. Lepas tu sapukan minyak gamat. Antara keenam-enam kucing aku, Bebot lah yang paling tak suka kalau orang pegang muka dia. Tapi malam tu, dia diam. Dia seakan bagi orang cucikan muka dia. Mungkin dia tahu yang dia perlukan pertolongan kitorang untuk bersihkan muka dia yang penuh darah. Bulu kat kaki depan Bebot pun ada darah beku, sebab darah kat muka menitis ke kaki Bebot. Sedih sungguh tengok Bebot malam tu.

Dahlah sebelum ni dia kena kencing katak, habis badan dia melecur teruk sampai nampak daging. Kali ni muka Bebot pulak berdarah. Aku tak tahu apa punca, tapi bila tengok keadaan Bebot yang sediakala dah memang tak macam kucing biasa, ditambah dengan muka berdarah, aku tak sampai hati. Kekadang bila terfikir Bebot, aku jadi sayu. Bebot kecik lagi, cari makan sendiri pun dia tak pandai. Makanan dia pun jeli whiskas yang dalam paket tu, dia tak boleh makan yang keras-keras :(

Aku amek gambar Bebot malam tu. Tisu-tisu penuh darah Bebot.


Aku masih tunggu Bebot pulang ke sangkar. Rasa kehilangan bila tengok sangkar kosong. Dah nak hari raya, tapi Bebot takde :( Mama dan Abah kata, kucing akan bawak diri bila dia rasa dia nak mati. Sedihnya.

Aku sebak masa menaip entry Bebot ni. Bebot perlukan perhatian, dia kucing kurang upaya. Dia hanya tahu makan, minum, tidur. Kalau nampak dia bermain dengan Pungut, itu dah menggembirakan kitorang semua. Tapi kalau dah betul ajal Bebot, itu mungkin takdir dia. Tuhan pun taknak dia hidup dalam derita. Dari kecik tak pernah hidup macam kucing biasa. Ada je dugaan yang Bebot kena tempuh. Bukan dugaan ringan tapi berat untuk seekor kucing jantan yang masih kecil macam dia :( :( :(

Berharap Bebot pulang.

***Kronologi cerita Bebot ada dekat SINI.

No comments: