Apr 21, 2012

HainanTea, Jusco Maluri

Assalamualaikum.



Dah habis cerita holiday walaupun ada lagi gambar yang belum dipostkan. Tapi cukuplah, itupun dah dikira banyak. Semalam dinner at HainanTea di Jaya Jusco Maluri. Lepas balik dari kerja hujan turun selebatnya. Basah-basah pun still nak pergi Jusco jugak. 

HainanTea punya menu boleh tahan sedap jugak, harganya lebih kurang sama dengan kopitiam lain contohnya Old Town dan Hailam Kopitiam.

Aku order Rice with Mutton Curry, RM10.90, Chanhonam order Mee with Mutton, RM10.90. Aku lupa lah nama roti gulung tu, tapi dalam roti tu intinya telur+mayonis. Thanks to Chanhonam sebab dia yang belanja, hihih.

Kerusi sofa dia best woh, ada bantal besar boleh peluk-peluk lagi. Tapi entah berapa banyak orang lah yang dah peluk bantal tu, ewww!


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: