Jan 27, 2013

Foto : Trip to Bangkok, Thailand (Part 1)


23/01/2013, Rabu

LCCT

Company aku ada buat trip ke Bangkok. Bos dengan family, Shany dengan husband, Aisyah, Tian dan aku.

Pukul 3.00 pm, bertolak dari office ke LCCT. Pagi tu kerja macam biasa. Memang takde mood nak buat kerja, tapi terpaksa buat kerja jugak. Aku excited nak pergi Bangkok, sebab aku tak pernah pergi bercuti luar dari Malaysia. Serius. Singapore yang celah kangkang tu pun tak pernah pergi, even aku pernah duk JB. Dan aku tak pernah naik kapal terbang, hahah! Dah suku abad, baru ni nak naik kapal terbang. Kesian...

Sebenarnya, nak lah jugak duk tepi tingkap tengok awan. Tapi dapat seat bukan sebelah tingkap :( Takpelah, lagipun flight aku malam, pukul 7.25 pm. Sebelah seat aku, 2 orang korea, siap sempat suruh Shany ambilkan gambar.

Gambar-gambar yang bawah tu senarai menu dalam kapal terbang Air Asia. Mahal boleh tahan... Air mineral Spritzer separuh dari botol kecil ialah RM3.00. Silalah minum dan makan pepuas sebelum naik flight.

Sampai Bangkok dalam pukul 9.30 pm waktu Malaysia. Waktu Bangkok awal sejam daripada kita. So, maknanya pukul 8.30 pm waktu Bangkok kami tiba.



















No comments: