Jan 18, 2011

Hari Melawat KL 1

Assalamualaikum

Memandangkan entri ni sepatutnya di post pada hari ahad lepas, tapi aku tak sempat nak post, so aku buat entri ni berepisod. Akan ada 3 episod mungkin. Ahh, tapi bukan cerpen atau novel. Gambar je pun, itu pun aku post untuk tatapan aku sendiri...dan bakal cucu cicit aku nanti.

Sehari sebelum kejadian;
Aku beriya sangat nak pergi pameran setem kat muzium negara.

Hari kejadian;
Aku bangun tidur lambat-lambat, memang malas gila. Aku tanya Chanhonam, 'nak pergi ke pameran setem tu? macam malas je.' Chanhonam macam biasa, 'ikut awaklah, awak yang nak pergi.'

Ok, mandi-mandi-mandi, pergi.

Harga tiket untuk dewasa RM3. So, total RM6 + RM 3 lagi sebab bawak kamera +_+
Berkira betul pihak muzium ye. Sekali dah beli tiket, pakgad taknak tengok pun tiket yang kami beli. Haram jadah, serupa tak yah beli tiket.


Gambar ni antara gambar keberet aku, eh salah, gambar feberet aku. But, perasan tak kaki seluar aku terlipat tu!!!!! Benci, tak kacak dah +_+


Ini surat yang dihantar post stampless. Maknanya ta payah pakai setem. Ke Jalan Maharani, Muar ok! Cepat-cepat suruh Chanhonam captured.

Tak sampai 10 minit pun round-round the world dah takde setem dah. Kecik gila pameran, tak berbaloi betul. Agak fedap jugaklah, haih.
Aku pun bukan reti nak bercerita panjang, dah memang kerja aku suka post gambar je. Episod kedua will be update soon...

No comments: