Jun 21, 2011

Calon Masterchef dengan menu udang.

Assalamualaikum.

Selamat menjalani hari selasa seperti biasa ya. Tadi masa aku nak masak untuk lunch, tetiba je aku kebuntuan idea nak masak apa. Selalunya ada request dari Mama or Abah suruh masak ni suruh masak itu. Tapi tadi takde. Dibiarkan aku terkontang-kanting dengan udang+ikan+sayur bla bla bla. Ikan memang takleh nak buat apa dah, memang aku goreng je, sebab kat rumah aku banyak kucing. Kucing-kucing aku pun nak lunch jugak.

Tapi udang tu aku jadikan menu utama, tapi tapi tapi.... aku tak tau nak masak apa dengan udang tuh. Asek masak sambal udang je (sebab itu je aku tau masak), bosan tau. Jadi dengan hati yang terbuka, aku search resepi-resepi kat internet. Aku tak pernah nak cuba-cuba resepi kat internet, ni first time tau!

So, dah jumpa satu resepi. Ingredients pun basic sangat, kat rumah memang dah ada, dan aku pilih resepi udang yang bertajuk (ceh ada tajuk) :

UDANG BERCILI KASTURI

Memandangkan ni resepi orang, jadi aku bagilah link ni, kira aku promote lah, ceh tetibe je kan. Aku amek kat myresipi.com. Siapa owner resipi ni ek, jap jap. Ha, nama Ummi Zaihadi. Klik lah kat nama dia tu, ada gambar udang yang dia masak.

Yang ni pulak udang aku! Hihihi. Saja je letak serai gitu, konon cantik lettew! Lepas tu Mama kata sedap! Pehhh, bunga-bunga hati, rasa nak siram hati bagi bunga lagi subur. Ok, mengarut.

For your information, saya calon Masterchef Malaysia ye. Kbai!

4 comments:

Clara Emily Cancer said...

aku rs jd chef lg best dr jd qs. sengsara!

Path Of Life.. said...
This comment has been removed by the author.
d'Lynn Boutique said...

zuu!! ko saje buat aku leleh2 disaat diri ini sedang tabah bpuase! huhu

juleha.aripen said...

aku nak tengok ko tabah ke tak, saja bagi lagi dugaan kat ko keh3.