Jun 3, 2011

Minum petang kat rumah atok

Assalamualaikum.

Tetiba je rasa bosan gila si Nabil Maharaja Lawak ni buat lawak. Tak paham dah apa yang dia merepek. Kekadang di yang gelak sendiri, ke dia dah habis idea untuk buat lawak?

Semalam pergi rumah atok, atok mintak tolong bawak dia pergi pejabat pos sebab atok nak bayar bil air dan elektrik. Dah alang-alang nak pukul 4, lepak jelah terus kat rumah atok, nanti terus pergi warung je.


Rumah atok rumah sebandung setingkat. Aku suka rumah setingkat, senang tak payah nak naik-naik tangga. Penat. Rumah aku dua tingkat, tu malas gila nak lepak kat bilik.

Masa ni atok tengah gunting kain langsir nak buat sarung kusyen. Atok tak pakai tali ukur pun kalau nak jahit baju. Asalkan ada contoh, kira settle dah. Entah bilalah aku nak belajar menjahit. Atok dah suruh belajar, takde siapa nak ganti tempat atok.

Ni favourite atok. Kopi O. Tetiap hari atok minum, dah rutin. Kalau kopi o campur ubi rebus+sambal tumis lagi seronok. Wooo...

No comments: