Jun 2, 2011

#The Olskul 3

Assalamualaikum.

Kita sambung cerita #The Olskul. Masa ni dah darjah 1. Macam yang aku cakap, mak aku suka pakaikan aku dengan Angah gaun-gaun bagai ni. Dulu kecik-kecik yelah nampak comel (erk,comel ke?) tapi kalau dah beso nampaklah pelik sikit. Lagipun bila aku beso, dah nampak sangat kekurusan aku.


Yang ini kat Sunway Lagoon. Memang jauh beza Sunway sekarang dengan Sunway dulu-dulu.

Setiap kali raya, memang family akan balik Kluang sebab atok belah Mama ada kat Kluang. Yang kiri sekali tu, sepupu kitorang. Just called her, Ain. Tengok, dengan dia-dia sekali dah macam kembar dengan kitorang kan. Dia sebaya dengan Angah and masa ni aku dah umur 8 tahun. Aku memang takde geng ah kalau sepupu sepapat berkumpul. Memang aku paling sulung, kakak sedara abang sedara memang takde ah. Bosan!

Agaknya masa aku darjah 2 ni dah jelas gigi aku dah macam jongang sikit. Hahaha. Actually tak jongang, tapi gusi aku sangat luas. So, kalau ketawa memang disaster lah keadaan muka aku. Haha. So, jangan buat aku ketawa k, buat aku senyum je, jadi muka aku nampaklah cantik sikit :p Kalau nak nyanyi lagu Halimah Jongang kat aku pun boleh, tukar nama jadi Juleha. Sebab Chanhonam rajin nyanyikan aku lagu tuh +_+

No comments: