Dec 25, 2011

Mastercook Muslim Chinese Cuisine

Assalamualaikum.

23 Dec selepas balik kerja, Chan bawak aku pergi makan malam di Mastercook. Dah bunyi macam Masterchef pulak kan. Ok, nama panjang restoran ni ialah Mastercook Muslim Chinese Cuisine Hong Kong Original Dim Sum. Haaa, panjang kan. Selain menyediakan makan malam, Mastercook juga ada menghidangkan dimsum. Tapi at that night, aku tak cuba dimsum Mastercook sebab terlalu kenyang. Tengok sahaja lah hidangan yang disediakan, itu semua bersaiz S. Saiz S begitu dah boleh 4 orang yang makan. Belum saiz M lagi. Saiz L takde. Hanya S dan M.

Ok, hidangan yang kami order malam tu ialah nasi putih dan dihidangkan didalam bekas seperti didalam gambar untuk mengekalkan suhunya. Selain itu, ada Tomyam Seafood, Baby Kailan dan Dry Butter Sotong. Tomyam Seafood Mastercook sedap dimakan ketika panas dan akan terasa masin sedikit apabila sudah sejuk. Dry Butter Sotong pun begitu, apabila sejuk ia terasa sedikit manis. Kalau nak try makan di Mastercook, mengikut aku, lebih baik pergi setelah mendapat duit gaji ye. Harganya boleh tahan juga, emmmm mungkin 2 kali ganda dari kedai makan biasa.

Oh lupa, Mastercook ni terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras bersebelahan Satay Station. Sekian dahulu Jalan-jalan Cikzuzu kali ini, sehingga kita bertemu lagi di lain entri.


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments: