Dec 23, 2011

RantaiArt 18 Dec 2011 - Inside

Assalamualaikum.


Entri yang ini adalah sambungan entri sebelumnya yang aku kongsikan gambar-gambar diluar rumah semasa event RantaiArt berlangsung. Dalam rumah ni banyak hasil seni dan karya tangan-tangan yang berbakat. Antaranya lukisan-lukisan yang digantung di dinding. Satu hasil seni yang menarik minat aku ialah 'Ilusi Vajaina' seperti foto ke-3 diatas. Merupakan gantungan serpihan cermin, dan mempunyai cara-cara tersendiri untuk melihat kesannya. Tapi aku takut untuk mencuba, hanya membaca arahan dan mengambil gambar sahaja. Itupun gambar tidak jelas, maklumlah, kamera handphone.

Gambar terakhir diatas merupakan sebuah bilik yang dinamakan 'Rumah Solehah'. Banyak lukisan yang dihasilkan oleh remaja berusia belasan tahun dan kebawah. Disitu juga merupakan tempat imej tshirt 'Revisit' dihasilkan dengan tangan.

Nanti aku kongsikan rupa tshirt 'Revisit' tu..


Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers