Dec 9, 2014

Budget Trip to Sabah Part 9 - Sg Tagal


Sg. Tagal


Lepas singgah di Sabah Tea Garden, terus kitorang ke Sg. Tagal, tempat main dengan ikan kelah. But unfortunately, dah tutup. Manalah kitorang nak tau tempat ni tutup puku 5.30pm. Awal gila tutup.

Sg. Tagal tempat paling aku nak pergi bila jejak kaki kat Sabah ni. Disebabkan itu, kitorang buat muka kesian kat owner tempat tu, nak cuit-cuit air pakai kaki pun jadilah.


Punyalah baik hati owner tu kasi kitorang cecah air jugak, tapi bukan kat tempat yg banyak ikan macam kat gambar google tu, sebab dah tutup. Dia bagi kitorang main kat bahagian depan, dekat dengan pintu pagar. Air kat situ macam dalam sikit nampaknya, tapi ikan-ikan tetap ada.

Happynya! Daripada tak dapat langsung, cuit-cuit air pun jadi lah.






Owner tu siap tabur makanan ikan lagi. Terima kasih la banyak-banyak layan kitorang ni, hehek.



Geli wokeh! Ermm, sakit pun terasa jugak.

Masa nak balik, kitorang nak bayar admission fee, tapi owner tu taknak. Terima kasih lagi !

No comments: