Apr 14, 2015

Budget Trip to Seoul Day 2 Part 1 - Ready for Nami Island




Good morning from Seoul!

We are ready for Namisom!

Memang dah niat dari Kolumpo nak breakfast dengan banana milk sepanjang kami kat Seoul. Harga sebotol banana milk ialah 1300 won. I choose for original banana milk. Beli kat 7Eleven yang betul-betul terletak di depan guesthouse kami.




Depan guesthouse kami pus ada bus stop. Kami tunggu bus kat situ. Sebelum ke Nami Island, kami kena naik bus ke Yongsan Station, baru lah naik train.

Ceritanya macam ni. Tunggu punya tunggu sambil minum banana milk, then baru tertanya betul ke tunggu bus kat bus stop ni? Tengok peta laluan bus kat signboard, dah nampak dah Yongsan Station. Tapi aku tanya ahjussi yang tunggu bus kat situ. Dah sedia maklum dorang tak fasih bahasa inggeris, jadinya aku kena buat-buat fasih bahasa korea. Hahah! 

Ahjussi dan ahjuma kat sana tersangat-sangat-sangat peramah. Serius. Dorang akan tegur kita tak kira kat mana, dalam train, tunggu bus, dalam mall, tengah berjalan tapi dalam bahasa dia la.

Then ada sorang adult tolong kami jugak dalam masa yang sama ahjussi tu cakap-cakap dengan kami. Soalan aku ialah nak tunggu bus kat belah mana, sini atau sana? 

Aku tanya; Yongsan Yok, yogi o jogi? (Yongsan station, sini atau sana?) Sambil-sambil jari telunjuk tunjuk bustop sini atau bustop seberang. Aku tanya sepatah-sepatah, aku pun bukan tahu cakap korea. Hahah!

Adult tu cakap, jogi jogi.

So, kami melintas jalan dan tunggu bus di bustop seberang, dan naik bus nombor 400.



Aku rasa bustop tempat kami tunggu adalah bustop terawal, jadinya tak ramai orang. Kami guna T-money, touch saja pada mesin. Kami bertiga dapat duduk. Sehinggalah ke Stesen Yongsan, bus penuh dan majoriti memang turun kat stesen tu. Harga dari Itaewon ke Yongsan ialah 5000 won


Yongsan Station


Dah sampai Yongsan Station, kena naik tren untuk pergi ke Gapyeong. Mari beli tiket. Train ni tak boleh pakai T-money. Kena beli tiket berasingan dengan harga 4800 won.


Ini tiketnya. Train depart on 9.00 am.


It takes about one hour and more to arrive at Gapyeong Station. Along the way to Gapyeong, we need to transfer at Sanbong Station and heading to Gapyeong Station. Alert ok!


Inside the train. And we have to stand.


Yay! Dah sampai Gapyeong Station. Belum sampai Nami Island ya. Kena beli tiket dari driver bus untuk ke Nami Island. Tiket shuttle bus ni berharga 6000 won untuk 1 day ticket.


Inside the bus, and we seat at the back.


The 1 day ticket. Jangan hilangkan tiket ni, kena simpan sebab selepas ke Nami Island, kami ke Petite France menggunakan tiket yang sama. Tunjuk saja pada driver semasa naik bas.

How to go Nami Island?

Dari Itaewon naik bus no. 400 ke Yongsan Station, pakai T-money 5000 won.
Dari Yongsan Station beli tiket baru ke Gapyeong Station 4800 won.
Sebelum sampai Gapyeong Station, kena transfer di Sanbong Station.
(Yongsan---Sanbong(tukar)---Gapyeong)
Tiba di Gapyeong station, beli tiket shuttle bus 6000 won(1 day ticket) pada driver bus.
Driver bus akan cakap tiba di Nami Island
Beli tiket feri di ticket counter dan naik feri ke Nami Island.

No comments: