Sep 10, 2010

1 Syawal

Takbir! Allahuakbar!

Dah 1 Syawal, Ramadhan dah pun habis. Raya! Raya! Raya! Aku dan family raya kat Muar macam biasa, macam tahun-tahun sebelum-sebelum ni. Raya kat rumah Atok Mak, atok sebelah abah. Beraya kat rumah Atok Mak memang happening lebih-lebih lagi kalau semua pakcik makcik beraya sama. Tapi tahun ni, family Cik Paid dan Cik Uda beraya kat rumah mentua dia orang. Yang ada cuma Cik Ngah. Pak Usu pulak awal pagi dah pergi rumah mentua dia. So, senyap sikitlah rumah Atok Mak tahun ni. Tapi Raya kedua dan ketiga mesti meriah semula, sebab semuanya berkumpul.

Lepas pergi rumah Atok Mak, family aku dengan family Cik Ngah melawat kubur Atok Abah kat Bakri. Sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh Atok Abah dicucuri rahmat. Amin...

Kami teruskan hari raya dengan balik kampung sebelah Datin Idah, Felda Ulu Belitong, Kluang.

Selamat Hari Raya!

No comments: