Sep 8, 2010

Kad raya dari Clara Cancer!

Melia!!!!!!
Aku dah dapat kad raya yang kau kirim. Thanks so much! Muahh3!!!

Ini kad raya kedua yang aku dapat. Yang pertamanya Perodua bagi. Kehkehkeh. So, sebenarnya yang pertama dari kawan-kawan.

Sekarang dah tak ramai yang pos kad raya, dah ada Facebook kan.. Majoriti tag gambar kad raya yang diedit pada aku. Tak rasa suasana raya sangat, tapi apa pun terima kasih banyak-banyak. Nak minta maaf jugak sebab aku remove tag dari gambar kad raya korang. Haha. Sorry okay. Nanti banyak notifications yang masuk. Nak termuntah aku tengok notification yang berlambak tu. Tapi aku still ucapkan selamat hari raya kat korang. Kalau ada yang tak terucap tu, sorry k.. Walaupun kawan-kawan aku dalam friendlist tu tak sampai seribu dua ribu, tapi mesti ada yang tertinggal.. Maaf..

Actually, aku ada hantar kad raya untuk korang-korang yang aku tahu alamat. Yang takde tu janganlah terasa k. Korang yang terlist dihantar kad raya tu, tunggu posmen depan rumah tau. Even kad tu sampai lepas raya pun, ia tetap kad hari raya, bukan hari gawai okay! :p

*Untuk Encik Aeh, lagilah confirm ada! ^_*

Selamat Hari Raya! :)