Dec 26, 2010

Another Sunday

Assalamualaikum!

Selamat hari ahad. Sekali lagi hari ahad yang sangat sempurna untuk bersama keluarga. Cehhh... Oh yeah! Kami pergi Bukit Gambir sebab my dad was so love to go to the RM2 shop :p Biasalah, tukang masak ada warung. Nak beli kertas tulis order lah, bakul-bakul plastik nak letak sayur lah, macam-macam lah. So, kedai RM2 sangat menepati citarasa abah dan murah. Senang je nak kira barang-barang, __ nos x RM2.00. Simple kan. Takde 90sen, takde 99sen, bla bla bla.


Ok, dah Sampai Bukit Gambir, tapi first place yang jejak, kedai tudung! Mama yang nak beli tudung untuk pergi kerja, pakai tudung sarung je, senang kata mama. Hari bekerja ada 5 hari, so mama buy 5 hijabs for each day. Dan tanpa membuang masa, aku ngecek satu inner tudung. Yeeehaaa!


Sehelai RM 4.00, beli 3 helai RM 10.00. Murah kan! Sebab material tudung pun tak tiptop sangat, mama kata sekadar pergi kerja, bukan ada siapa nak tengok :)

Kalau aku ada kedai macamni, syiokkk jugak. Hari-hari bergelumang tudung, hari-hari tukar tudung, hari-hari cantik :p

Dah lepas beli tudung, pergilah kedai RM 2 tu. Suka betul abah. Hah! ameklah barang-barang yang nak dibeli.


Bila tangan dah menggatal, aku capai cermin mata. See! Buruk bebeno muka aku pakai spek. Itu dah takdir aku, bukan ulat buku, bukan pelajar cemerlang, bukan pencetus idea, maknanya aku lebih cantik bila tak pakai spek. Heh!

Ya, saya lebih molek begini, daripada bercermin mata. :) Ya, aku tau aku tak berapa nak cantik, tapi aku molek-molek je. Nampak lesung batu kat pipi tu? Molek kan :p

*telan air liur.

No comments: