Dec 28, 2010

Bila ucap hari lahir pada diri sendiri

Assalamualaikum!

Sumber foto : En. Google

Happy birthday to me! Ok, semalam hari lahir aku. 27 Disember. Hari aku jadi janin, aku tak tau. Hari aku ada kat perut mama aku, masa tu mama aku 21 tahun. Maknanya kalau ikutkan umur aku sekarang ni, aku dah boleh dapat 2 orang anak. Cehhh. Tolong sikit, belajar pun tak habis lagi. Jangan nak berangan itu semua.

Ya! Aku nak kerja, aku nak duit. Sebab selama ni pun aku hidup miskin. Hidup jadi pelajar asek bergantung kat orang lain. Aku tak suka sebenarnya macam tu. Teringat masa aku kerja kat Johor Bahru dulu. Ada duit sendiri, dapat gaji, jalan-jalan semua duit sendiri. Akhir bulan aku ketatkan perut. Oh seksa jugak.

Memandangkan sejak aku sekolah dulu-dulu, aku tak pernah ada sambutan hari lahir. Ala, dah besar, biasalah tu. Tahun lepas, dua tahun lepas mama bagi hadiah, tapi tahun ni mama buat dek. Maknanya takdelah tu :( Sob..sob..sob..

Berdirinya saya disini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan-insan istimewa, oh bukan OKU ye, diatas ucapan hari lahir anda kepada saya tak kira menerusi telefon, laman sosial dan sebagainya. Terima kasih.

Selamat hari lahir Siti Zulaiha (ceh, nama penuh :p)

2 comments:

Lia Hasty said...

yeke xde org celebrate. sedihnya dgr.
terharu aku beb..


HAPPY BIRTHDAY SITI ZULAIHA (:

juleha.aripen said...

sedih kan. tahun ni je macam tak de pape :(

Daisypath Happy Birthday tickers