Dec 20, 2010

Shopping marathon

Assalamualaikum!

Hari ahad yang cuti dan hari yang sesuai untuk family meluangkan masa bersama. Shopping marathon! Oh, sangat banyak tempat kami jalan-jalan-jalan dari Muar ke Melaka. From Astaka-Wetex Parade-Pizza Hut-Super Cowboy and last place, Keluargaku. Satu tempat, labur duit. Sampai satu tempat lagi, labur duit lagi. Bila sampai rumah, melepak kepenatan termenung sebab duit dah kurang :p

Tapi barang-barang yang dibeli majoriti keperluan rumah, keperluan warung abah dan yang tujuan utama kami jalan-jalan adalah untuk beli baju sekolah agama adik.

Tengok, beli barang dapur. Barang-barang dapur sangat penting untuk aku sebab aku memang tukang masak sepenuh masa kat rumah. So, mesti ada dan wajib ada selengkap-lengkapnya. Sebab kalau takde, aku boleh buat muka taik kena lenyek dan terus takde mood untuk masak atau pun still cooking in very ugly face! Yeah! Akibat dari action-action yang tak tentu hala tu, effect memang sangat besar, masakan lauk-pauk jadi sangat tak sedap. (semua orang boleh tak lalu nak makan)

Abah kata nak tukar pinggan kat warung dengan pinggan yang aku pegang tu. Ala-ala restoran gitu. Tapi harganya mahal lah sikit, shape pun cantik, so kenalah dengan harganya, ye dak. Bincang punya bincang, pinggan tu aku letak sebab tak jadi beli. Overbudget jadinya nanti.


Masa ni dah kat Wetex Parade, beli seluar sekolah agama, sebab kat Astaka, saiz adik takde. Dia gemok! Saiz sediada yang sepatutnya muat kat dia, jadi tak muat sebab perut dia besar. Like father like son. Separuh perut abah, adalah perut adik. Heh. Dah lepas beli dua helai, pergi Pizza Hut. Kami guna hot tiket Hotlink redeem pizza. Ada 4 keping, so redeem dua biji pizza saiz paling kecil. Jadilah untuk semua perut rasa. And then terus gerak ke Super Cowboy, Cheng.

Sebagai tukang masak sepenuh masa, mama belikan apron! Tadaa! Kacak kan! Cuma takde topi chef je. (takpayah! bukan ada majlis perbandaran nak check :p) Esok aku masak untuk lunch dah boleh pakai apron ni. Barulah rasa macam Chef Ramsay dalam Hell's Kitchen tu!

Nilah Super Cowboy tu, gudang borong barang-barang keperluan rumah. Memang murah sangat-sangat.

Kami duk tunggu abah dengan mama yang still ada dalam Super Cowboy. Abah memang suka pergi situ, dan memang akan lama berada dalam tu. (lamanya macam gadis-gadis pergi shopping baju dan mekap :p) Adeh!

2 comments:

Enchek Shahrir™ said...

1st: bapak kepeng anda sekarang. kurang vitamin c mcm lidi. huu.

2nd: mcm knl je bju yg ma pakai tu. kui3

cikzuzu said...

nak buat macam mana, saya dah memang kurus, eh beso sangat baju tu, so bagi mama pakai. saya siap pesan jaga elok-elok. hehe.