Dec 16, 2010

Cuti semester yang penuh dengan Zynga

Assalamualaikum!

Hari-hari cuti semester yang sama setiap kali cuti semester. Aku tak pernah nak kerja part time ke, bercuti ke, buat trip kemana-mana ke, apa ke, tapi kawan-kawan ramai jugak yang buat part time, cari duit lebih atas sebab-sebab seperti tak mahu buang masa cuti, cuti yang bosan kalau takde kerja bla bla bla. Tapi aku akan duduk rumah, bangun tidur, memasak, makan, tengok tv, tidur petang, bangun tidur lagi, makan lagi, tengok tv lagi and tidur malam (actually lewat malam or awal pagi) And the most important thing is surfing internet. Aku akan buat perkara tu tak kira masa. Akan ada lah orang yang tanya, 'kau duduk depan laptop 24/7 ke?'. Okay fine, takdelah 24/7, gila ke apa, tapi majoriti masa aku akan dihabiskan depan laptop mentenet. Orang mungkin kata aku membuang masa depan laptop duduk menghadap dengan sakit pinggang. Kalau dah sakit pinggang, aku rest lah. Bila dah bosan, aku sambung balik sebab aku takde apa nak dibuat kat rumah ni. Aku duduk depan laptop setiap masa tu just main game. Main game.

Dan aku hanya main game yang Facebook offer sahaja. :p Zynga Game. Zynga buat aku ketagih. So, secara automatiknya aku sudah ada tanggungjawab terhadapnya. Aku siap buat top 6 Zynga Game yang aku main dalam Facebook, and actually, 5 of 6 games below aku guna Facebook Chanhonam. Hehehe. Why? Sebab Facebook friends dia ramai dan rajin main games tu macam aku :) They're awesome!


The 1st place jatuh kepada City Ville! Buat masa sekarang, aku tengah fokus gila-gila terhadap game ni. Business is money. Kachiinggg!


Farmville. Sebelum City Ville muncul, aku setia kat Farmville ni. Aku akan sentiasa ingat when the crops kena harvest. 4jam, 8jam, 12hari even 1day :) Aku telah menjadi peladang yang amat berjaya dan agak sibuk.


Yang ketiga, Resort World. Game ni boleh menggantikan keinginan aku kot-kot lah aku nak pergi Pangkor, Redang, dan Tioman. Cehhh!


Actually kat Facebook aku pun boleh main Treasure Isle ni, tapi aku tetap nak guna account Chanhonam untuk main sebab the neighbours are great! Selalu send gifts, energy and whatever parts of building yang aku perlukan. Thank you guys!


Aku boleh berangan jadi jutawan in the Millionaire City. Duit juta-juta, kalau dapat betul-betul, alangkah nikmatnya. **berangan

Last but not least, Car Town. Game ni aku tak main sangat, just do the job for 1 or 2 days, and then collect the profits. All the decorations, layout of the work area is done by Chanhonam. As a girl, aku tak minat sangat kereta. So, i just help Chanhonam when he's not around. Please say thank you to me, Chanhonam! :p

All the games, aku main during semester break only. Bila semester dah mula, class dah berserabut, ceramah-ceramah dah timbul kat universiti tu, aku tak main dah. Nak online pun tidak. (ada la sehari dua, tu pun curi wireless jiran) Terima kasih jiran!

**Gambar dicrop oleh ajaran Chanhonam. Seriously, before that, i feel like a Bimbo! (crop benda alah menatang senang tu pun tak tahu) Tapi dengan rasa ingin tahu, aku berpegang kepada 'malu bertanya, jadi Bimbo'.

2 comments:

Clara Emily Cancer said...

me tolong aku buat bq kat opis nie zuzu.
habis 10 games ku tnggal suma.

cikzuzu said...

bak sini, aku dah lama tak buat bq ni mekya.