Dec 29, 2010

Harimau Malaya mengaummm

Assalamualaikum!

Gambar dari En. Google

Betul aku tak minat bola, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang berbangga jadi warganegara, aku perlu post entry ini dengan tujuan menyatakan sendiri kebanggaan aku tu. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya, anak-anak Rajagobal yang baru je menang Suzuki Cup 2010 dengan aggregate 4-2 menentang Indonesia. Tak payah nak kecoh-kecoh pasal laser, pasal gatal-gatal kat padang, pasal rusuhan, pasal coli si Jupe segala bagai. Dah Malaysia menang, dah la.

Aku taknak lah nanti, bila cucu cicit aku baca blog aku ni, dia kata aku tak tau perkembangan semasa Malaysia zaman ni. Ha, ni buktinya.

''Cu, atok tau Malaysia menang. Atok tengok Malaysia main kat Indonesia, Gelora Bung Karno tu.''

1 comment:

Lia Hasty said...

yer saya bangga jugak !
malaysia boleh!

Daisypath Happy Birthday tickers