May 23, 2011

Gula dalam darah

Assalamualaikum.

Tengahari tadi aku dengan famili, sekali dengan Atok Mak melawat Atok Jaimah kat hospital. Dah dua hari dia masuk hospital sebab kurang gula dalam darah. Mujur ada jiran Atok Jaimah yang sedar atok sakit, terus dia bawak atok pergi hospital.



Doktor kata, Atok Jaimah dah okay, cuma tunggu atok betul-betul sihat sampai dapat berjalan dengan stabil baru boleh balik rumah.

Aku pun pernah kekurangan gula dalam darah, dan akibatnya pitam dan pengsan. Setakat ni dah 5 kali pengsan. The first time masa aku Tingkatan 5, masa tu majlis perlantikan pengawas sekolah. Gedegang! Bunyi tulang pipi aku terhentak ke lantai simen. Aku jatuh betul-betul jatuh. Punyalah sakit, biru pipi aku sebab lebam. Ada yang terbaru aku pengsan kat tepi jalan kat bandar Muar. Masa tu tengah tunggu Angah withdraw duit. Polis bantuan yang angkat aku ke tepi kedai. Pernah jugak aku pengsan dalam KTM, masa tu dengan Chanhonam. KTM penuh dengan orang, sesak, panas and then aku pitam terus jatuh. Chanhonam kata aku berat jugak walaupun kurus keding macam ni, hihi.

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, walaupun korang ada kencing manis sekalipun (mintak dijauhkan) korang still kena amek hidangan yang ada kandungan gula, sebab gula tu boleh bagi tenaga kat hangpa semua.

Aku ada baca kat website diabetes, yang;

''Sebenarnya, gula dalam darah tidak memberi kemudaratan sekiranya ia berada pada paras yang normal kerana gula adalah penting untuk sel otak.''

dan

''Sel badan kita juga memerlukan gula dalam kuantiti yang sederhana untuk penghasilan tenaga.''

Tapi janganlah makan gula pasir macam tu je yek. Jom sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa tanah runtuh Hulu Langat.

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers