May 20, 2011

Warung Abah

Assalamualaikum.

Harini, ermm...I mean hari tadi (now is 1.35am) ialah hari kedua aku tolong Abah kat warung. Dalam-dalam tengah takde customer datang tu, sesaja amek gambo warung. Ni warung yang Abah baru pindah. Sebelum tu Abah berniaga kat dalam kawasan masjid, tapi bila Sultan Johor buat lawatan ke Muo ritu, dia suruh pindah. Maybe kacau masjid kot, contohnya bunyi-bunyi sudip dan senduk berlaga dengan kuali. Haa, tu kan dah kacau orang-orang dalam kawasan masjid tu kan. Tu belum campur Abah marah-marah sebab silap amek order atau silap kira. Hehehe.

Jalan masuk warung Abah. Sebenarnya warung ni tepi jalan je. Kalau yang naik kereta memang kena parking kat tepi jalan. Kalau motor je boleh masuk jalan ni sebab ada parking kecik kat dalam, muat untuk motor je. Lagipun jalan ni sebenarnya laluan rumah orang. Haha.

Waktu aku amek gambo ni, rasanya dalam pukul 6.30 petang kot. Adalah 3 couple yang datang. First sepasang pakai baju warna purple, and then datang lagi sepasang pakai baju warna oren yang kat gambo tu. Selang beberapa minit lagi, datang sepasang pakai warna hitam. Diorang macam dah janji doh. Okay, harini kita semua pergi warung Tajol, pergi berdua-berdua tau, kau pakai purple, aku pakai oren, kau pulak hitam k. Tersengih-sengih aku. :p

Yang ni bahagian dapur, Abah masak-masak kat sini. Tak suka masuk dapur, bau-bau yang Abah goreng menyengat masuk hidung. Dahtu, mulalah terbersin-terbatuk bagai.

Abah pun ada buat tempahan; Nasi Ayam, Nasi Beriani, Nasi Hijau, apa-apa jelah boleh order kat Abah. Tempahan untuk sekitar Muar ye puan-puan dan tuan-tuan.

Sape-sape yang dah pernah rasa Abah masak, ce cite sedap tak sedap.

2 comments:

chanhonam said...

al-kisahnye, juleha jeles tgk couple tu mkn sme sbb dia xdpt bsme dngn bfnye mcm tu lg. hahahaa

cikzuzu said...

hahahaha, kuangjaq!