May 14, 2011

Sepupu, dua pupu, berkupu-kupu?

Assalamualaikum.

Baru je balik Muar dari Shah Alam semalam, harini terus ke kenduri perkahwinan saudara-mara, aku pun tak tau apa nama hubungan, sepupu ke, dua pupu ke, berkupu-kupu ke, entahlah. Adalah tu bau-bau bacangnya. And the most obvious thing is, Chanhonam is there too! First time aku kenalkan 'lelaki' (which is different, you know what i mean, man) dengan famili besar. Ini memang serius. Minta dipermudahkan.



Dan ini pengantinnya. Sarina & Izwan. Pengantin perempuan yang ada pertalian dengan Abah. Bapak pengantin tu pakcik Abah. So, Abah + Kak Ina = sepupu. Kalau aku + Kak Ina = dua pupu. Betul ke? Ke, anak Kak Ina nanti yang dua pupu dengan aku ek? Aduh, pening.


Ini hantaran pihak lelaki ke pihak perempuan.

Ini atok saya! Yang tengah-tengah tu. Atok wajib ada kalau kenduri-kendara macam ni. Dan sebagai cucu beliau, mestilah kena interframe, kalau orang salam cium atok, aku pun nak juga :p

Ini hantaran pihak perempuan ke pihak lelaki.

Ehem-ehem, amek bau pelamin je dulu. Turn aku lambat lagi. Memang lambat ah.

2 comments:

N.A.M said...

cepat skit kahwin...nak rasa nasi minyak ko..hahahaha..sanding atas moto jer..spesel skit!!! hahahaha..

cikzuzu said...

amboi, aku nak diusung dengan kereta lembu. barulah olskul!!!