May 20, 2011

#The Olskul 2

Assalamualaikum.

Aku dah tunjuk gambar 4 masa baby sampai 2 tahun kan, entri ni pulak 3 tahun sampai 5 tahun. Actually, banyak gambar -gambar masa kecik, tapi malas gila nak scan. Nantilah aku scan and publish bila aku rajin. Mama memang suka amek gambar family, konon-konon nak buat kronologi hidup :) Yelah, benda-benda ni macam ni sebagai kenangan, nanti dah tua-tua tengok balik gambar sendiri tak ke kau dah senyum-senyum, kan. Aku tau, nanti dah tua-tua kita lagi cepat marah-marah, jadi silakan amek gambar family ye. Lebih-lebih lagi sesape yang dah ada anak tu :)

Masa ni umur aku 3 tahun. Gigi memang hancur ah, teruk gila. Dah macam gigi ikan jerung, semua tajam-tajam sebab gigit gula-gula. Tapi masa ni tak nampak lagi gusi aku meluas +_+, kira cun lagi ah keadaan mulut aku. Juleha, sila bersyukur boleh? Ya-ya, baik!

Yang ni masa 4 tahun, terasa macam perempuan sangat bila pakai skirt. Mama memang suka pakaikan anak-anak beliau skirt, lepas tu buat aku dengan Angah macam kembar, that's mean bila gaun aku warna kuning, Angah mesti warna merah. Kalau boots aku warna hitam, Angah pulak warna putih. Aku ada gambar tu, tapi nanti aku masukkan untuk next-next-next entri.

Cantik kan uniform tadika aku, gaun takde lengan. Aku start tadika umur 5 tahun, tapi tadika cina. Tak best duk tadika cina, semua budak cina, aku je melayu, so aku takde kawan. Bila time rehat je, aku sorang-sorang makan mi. Mi tadika tu sedap wey, entah halal ke tak +_+ Ingat lagi masa rehat nak main permainan kat depan kelas, semua budak cina tak bagi aku main sebab aku MELAYU! Cis! Mentang-mentang lah aku takde geng.

Mama memang nak aku masuk tadika cina, mungkin nak aku pandai matematik barangkali, cehhh... Gambar pakai tudung ni pun 5 tahun, pergi mengaji kot. Kalau tak, takkan lah tetiba nak pakai tudung dalam rumah ye dok? You see the word at the bottom of the photo? Ignore it. Yes, please....ignore it.

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers