May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.

Masa Hari Ibu aku tak buat entry pun untuk Mama, macam biasa lah, internet takdok. Ni hari guru aku buat entry, boleh tuju kat Mama jugak kan. Beliau pun didik kita dari kecik. Thanks Mom!

Masa sekolah rendah dulu-dulu, Darjah 6. Aku memang suka subjek Matematik tapi sangat tak suka buat latihan. Membebankan tau tak. Cikgu Othman punya style memang bagi latihan sampai beratus-ratus soalan. What for, man? Memanglah nak amek UPSR time tuh, tapi kalau beratus soalan bagi harini, lusa kena hantar, memang tak hantar lah kan. Aku memang tak pernah buat homework Math tu, bila time nak hantar bagi alasan buku hilang. Kalau dah 4 kali alasan buku hilang, memang tak logik lah kan. Muka aku memang muka berdiri atas kerus, kena rotan kat tapak tangan. Agaknya Cikgu Othman dah geram, dia siap ugut nak bagi tau bapak aku. Rupa-rupanya Cikgu Othman satu kelas dengan bapak aku masa sekolah dulu. Patut pun senang-senang je marah-rotan-ugut aku, kawan baik rupanya +_+ Tapi masa sekolah rendah otak aku hebak, Math A.

Masa sekolah menengah Tingkatan 4 ke 5, aku tak ingatlah, of course nak amek SPM kan, tapi otak aku dah tak macam sekolah rendah. Untuk subjek Ekonomi Asas memang awesome. Cikgu Hamdan ajar memang lekat lah kat otak aku yang tak berapa nak laju ni. Cikgu Hamdan punya style, dia akan susun budak-budak kelas. Siapa yang dapat 100% markah masa test akan duduk depan. So, sesiapa yang dapat low marks akan duduk belakang. Kalau dapat duduk belakang, aku rasa tercabar ok. Sebab tu aku selalu duduk depan :) Style Cikgu Hamdan memang buat aku pandai Ekonomi Asas sampai dapat A dalam SPM. Heh...

Bila dah masuk Politeknik, aku jadi pasif, aku sangat biasa dan tak berminat dengan cikgu-cikgu. Aku more kepada kawan-kawan. Dalam UiTM aku rasa aku dah macam selalu buat muka tak semonggah, kadang-kadang menyakitkan hati jugak lah kot. Pernah satu hari aku kena tegur dengan lecturer, no need to mention lah nama beliau, kang kena saman :p Aku mengaku lah jugak, aku tak berapa nak best bila belajar subjek tu sampai aku buat muka. And then dia tegur, ''awak yang pakai tudung kelabu tu, kenapa?''. Oh my God! Tersentak aku, dia perasan rupanya. Saya mintak maaf Puan! (tu pun mintak maaf dalam hati, kantoi dah lecturer tu perempuan) Tersengih-sengih aku nak cover muka tadi, haih.

Apa-apa pun aku berterima kasih pada teachers, lecturers, makcik ajar mengaji, dan sesiapa yang pernah ajar aku selama ni.

Selamat Hari Guru!

1 comment:

mareima said...

aku tau sape..nak sama nama ngn aku haha