May 26, 2010

Cikzuzu, Peniaga dan Ampang Walk

Selamat datang ke blog aku dengan nama baru. Jeng-jeng-jeng. Kau-kau-kau akan lebih senang menyebut nama baru blog ni. Terima kasih pada kawan-kawan yang telah memanggil aku dengan nama tersebut. Especially meraka-mereka yang pertama; kawan-kawan internet aku. Cewahhh, sesi berterima kasih pulak. Mereka-mereka yang tersebut tu mestilah tahu kan. Tak payahlah aku nak taip satu-satu nama engkau orang.

Mula-mula memang aku geli gila tahap gaban muntah hijau nak tumbuk kuat-kuat muka-muka yang panggil aku dengan nama tersebut. Tapi setelah nak hampir setahun, aku dah mula biasa sebab mereka-mereka ni tak dapat membendung diri mereka untuk tidak memanggil aku dengan nama zuzu (termasuklah kawan-kawan sesekolah, sepoliteknik dan seuinversiti) Jadi aku biarkan. Sekarang aku guna nama tu, dah tak rasa nak muntah hijau, malah jiwa raga berbunga-bunga walaupun kadang-kadang aku telah macam menjadi agak gedik dan mengada-ngada bila orang panggil dengan nama zuzu.

Okay, aku dah macam rasa terlalu banyak penggunaan kata berganda. Mungkin tatabahasa aku tak mencapai peringkat hebat. English aku lagilah, jangan cakap. Berterabur-bersepah.

Kita masuk topik hari ini. Lokasi di Ampang Walk. Disebabkan aku orang sakai-batak-jakun (tiada kena-mengena dengan terma suku kaum) tak kenal apa itu Kuala Lumpur, jadi Encik Aeh bawa aku ke sana. Tapi untuk makan-makan sahaja. No shopping. No money no talk! Kami makan laksa, air limau ais :)



Ini kepunyaan aku. Aku tetiba je ingin makan telur separuh masak. Letak kicap. Kalau kat rumah aku dah boleh buat lebih sedap. Kicap pun aku guna kicap Cap Kipas Udang. Ni kedai entah apa kicap dia guna. Masin je lebih. Kicap ke garam?
Nilah peniaga-peniaga sekarang. Nak untung je lebih. Kepuasan pengguna dan pelanggan tak diutamakan. Dia sendiri tak sedar ke bahawasanya yang kicap dia tu tak sedap langsung? Haishhh..
*geleng kepala

Aku selalu pesan kat abah (peniaga warung nasi ayam), biar orang makan sedap. Biar orang yang sama datang lagi. Biar takde sebarang complain. Biar dia orang order berbungkus-bungkus bawa balik untuk family. Sekarang nasi ayam abah dah tak macam dulu. Warna nasi ayam kuning pucat. Sekarang warnanya dah campur-campur. Ada hijau, ada kuning, ada merah, ada oren. Macam nasi hujan-panas tu. Tapi rasanya still rasa nasi ayam. Menarik orang nak tengok. Makan pun senyum je.

Captured by : Encik Aeh

2 comments:

doyek said...

haha,,cun2 pic ko ek..ni mst abe tkang amik nie. nmpk cm myelerakan jerk mkanan tuh...

cikzuzu said...

bukan abe la, encik aeh cukup.haha.