May 27, 2010

Aku dan model-model sama kurus, sowat?





Model-model ni sedang memperagakan pakaian-pakaian dari butik G2000 di KLCC. Masa kami (aku dan Encik Aeh) sedang jalan-jalan benda ni tak start lagi, so kitorang ingat lama lagi la nak start. And then teruskan berjalan, naik atas-naik atas lagi-turun pulak sampai kat tingkat atas dari tempat kejadian. Sebabnya Encik Aeh nak ke toilet. Tup-tup benda tu dah berlangsung, terus capai kamera konon-konon capture gambar.

Huiiii.. berderet-deret photographer kat depan pentas tu ambil gambar. Kamera jangan cakap la, lagi besar dari muka dia orang pun ada. Lagi panjang dari tangan manusia pun ada. Oh,okay tu tipu, ingat nak ambil gambar Ronaldo main bola ke, pakai lens panjang-panjang. (-_-') Tapi yang confirm memang kamera+lens+flash+dll dia orang best-best ah.

Encik Aeh dah habis urusan dalam toilet terus capai kamera kat tangan aku. Ahh dia ni, aku nak tunjuk bakat pun tak boleh. Nahh ambil. Confirm la dia yang amek gambar-gambar tu semua. Aku bukan takda bakat, belum diasah je. Macam kau tengok suara Aril AF7 tu. Suara kecik, perangai gud2, dalam hati dia kata dia ada bakat. Harammm.

Sementara Encik Aeh dengan dunia dia tu, aku tenung-tenung-tenung model-model tu. Kurus okay!!! Aku tengok badan sendiri. Aku tengok model-model tu lagi. Kurus okay!!! Ohh, sorry-sorry, dah dua kali aku type benda yang sama. Argghhh, orang kurus boleh jadi model ar. Ada job je mesti masyuk punyalah. Aku dah berangan kalau aku jadi model. Untuk kau tahu, aku sangat kurus. Tinggi 168cm dan jisim badan 45kg sahaja. (-_-')

*berangan

Takdelah, tak kuasa mak nak jadi model. Nanti semua ambil gambar mak, habis masuk internet, mak kena gosip itu gosip ini. Mak tak suka publisiti murahan nok.

*terdiam

Kenapa dialog aku macam nyah-nyah kat lorong-lorong belakang kedai ni? Abaikan.

Argghhh, aku ada fikir, aku kurus, aku sihat. Aku sihat, aku boleh buat apa yang aku suka. Sowat? Sowat? Sowat? Kau-kau-kau yang kurus, relax ah..kau sihat kan?


4 comments:

Clara Emily Cancer said...

ok pe kurus zuzu.
beli baju ade size.
nak amek barang tinggi tak payah guna kerusi.
model oversea kurus peh.
model melaysia je byk chubby nye..

zu berat kite sama la 45 kg...
huhu
;-)

cikzuzu said...

ha tu lah..tapi kau setinggi aku, aku nampak lebih kurus..huu

tirah watif said...

hahaha.
kurus sehat okey!
besar pun sehat okey!
semua pon okey!

=)

cikzuzu said...

ya, tapi aku mengalami kurus yg sgt3. :(