May 22, 2010

Entry marathon part 2 : Melaka

Selamat datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Entry ini sambungan dari part 1, so jadi part 2. Dari Seremban ke Muar. Gambar Muar tak payah post la kan, dah tentu-tentu rumah family aku, takda apa pun. Lepas tu dari Muar ke Melaka.
Dah petang jugaklah kami singgah ke Melaka. Tak jauh mana dari Muar ke Melaka, tak sampai sejam pun.

So dah alang-alang dekat, aku kenalkan Melaka pada Encik Aeh. Encik Aeh kan orang KL, manalah dia tahu pasal Melaka. Ha ha ha.

Bangunan Stadhuys, Melaka. Ejaan 'Stadhuys' memang confirm betul, sebab aku dah Google.
Kat sinilah salah satu tempat paling banyak beca parking cari customers selain Muzium Samudera (entry akan datang) dan A' Famosa.

Aku pernah naik beca kat sini, mahal okay. Penuh bunga mati, bukan bunga hidup. Mahal ya amat. Aku rela jalan kaki, lepas ni takda dah aku naik beca. Aku akan pandang dan senyum saja :)

Bukit St Paul ni aku tak sure lah ada apa, tapi yang confirm memang atas bukit. Ha ha. Aku tak naik pun, malas lah. Aku kena memikirkan yang kadar metabolisme aku mungkin akan meningkat terlalu tinggi kalau aku mendaki, jadi aku biarkan.

Kenapa aku tengok atas?
Sebab ada sepasang pengantin berbangsa Melayu sedang outdoor photoshoot kat atas Bangunan Stadhuys. Cantik.
Dan gambar aku, dishoot oleh Encik Aeh. Huh, aku memang selekeh.


Papan tanda ni memang aku suka. Kau tengok tu. Kau nak pergi Mekah, London, Nanjin, Valperiso, kau dah boleh start dari sini. Naik apa, aku tak pasti. Cuba kau jalan kaki tengok?
Nak ke Mekah 6550 km. Kau rasa sampai tak?

Tu belum kau nak pergi Hoorn Lisbon, celah bedah ceruk mana pun aku tak tau. Tempat jin bertendang barangkali. Sila Google. Kalau Ayer Keroh, confirm betul 10km naik kereta.

Indah kan dunia?

To be continued...

Captured by : Aeh
Wrote by : Zuzu

1 comment:

Aeh - Zuzu said...

ewah3. byk kli k p melaka. men petik je penulis ni. hukhukhuk.