May 24, 2010

Restoran Tasik Indah

Entry marathon sudah tamat.

Kali ni, entry pasal makan-makan-makan. Restoran Tasik Indah, Shah Alam. Semenjak aku jadi seorang pelajar semula setelah hampir setahun menganggur dan bekerja selama 3 bulan, aku sangat jarang-jarang-jarang meronda-ronda di bandar Shah Alam. Jadi sesiapa yang bertanyakan tentang bumi Shah Alam, aku bukanlah orang yang tepat untuk itu. Encik Aeh telah bertanggungjawab dengan membuat satu keputusan untuk mengajak aku makan-makan disini.

Masa turun dari kereta, aku dah tengok-tenung muka Encik Aeh. Kejap-kejap pandang-pandang restoran tu, kejap-kejap pandang-pandang muka Encik Aeh. ' Encik Aeh ada duit ke?' Okay, nampaknya aku telah merendah-rendahkan keupayaan kuantiti dalam kocek-poket Encik Aeh. Maaf.

Sesiapa yang sedang sangat-sangat dilamun cinta-kasih-sayang-rindu, boleh makan-makan malam konon-konon romantis-romantik disini. Tak kiralah family-family, kawan-kawan, kekasih-kekasih dan lain-lain. Aku dengan Encik Aeh biasa saja, cuma nak makan-makan sedap-sedap sikit. Perut kami yang ingin. Yang tak dilamun cinta-kasih-sayang-rindu pun boleh pergi juga.

Ikan kerapu sweet-sour. Sangat sedap. Tapi tak habis, sebab besar sangat. Perut Encik Aeh yang macam tong orang buat simpan air pun tak dapat nak terima. Jadi, bungkus.

Tomyam campur seafood. Ini kepunyaan aku. Aku order untuk aku saja. Tapi Encik Aeh dah mula pandang-pandang, jadi aku aku cedokkan untuk dia.

Udang goreng tepung. Lagi sodap. Memandangkan perut dah sangat sempit, rasa sebiji, bungkus bawa balik.

Ini buah naga. (-_-') Confirm-confirmlah tembikai. Pencuci mulut. Yeke? Aku cuci mulut pakai tisu saja. Itu semua hidangan utama, yang kau tak nampak, restoran ni ada sediakan teh herba (boleh refill) , kacang goreng berempah, wet tissue dan semuanya bercaj! Arggghhh. Aku ingat free. Teh herba aku, Encik Aeh habiskan, kacang goreng berempah aku bagi tuntung, kura-kura, ikan-ikan makan dalam tasik dan wet tissue aku bawa balik.

Captured by : Aeh
Wrote by : Zuzu

No comments: