May 23, 2010

Entry marathon part 3 : Melaka

Masih lokasinya di Melaka. Tarikhnya masih juga sama, 2 April 2010. Walaupun Melaka negeri yang kecil, yang indah-indah kat situ memang banyak.

Ini keris. Aku tak tahu apa motif Encik Aeh captured gambar ni. Sekurang-kurangnya, kau tahu ada keris sebesar ni kat Melaka. Masa tengah capture gambar ni, ada satu makhluk cerah a.k.a Mat Saleh sedang berdekatan dengan kami.
And then ;

Mat Saleh : What are you taking bro? This one or this one? ( sambil telunjuk beliau menunjuk keris besar dan kemudian kapal terbang )
Encik Aeh : Oh, this one. (telunjuk menunjuk keris besar)
Mat Saleh : ( kepala jengah-jengah ke tangan Encik Aeh yang memegang kamera ) Nice!
Encik Aeh senyum dan berkata thank you.

Kat sini, waktu ini, masa ini, sumpah aku gelak. Ya, aku gelak-gelak. Kau tengok gambar tu, biasa je kot. Pakai kamera handphone aku pun aku boleh capture gambar macam tu. Ohh, maaf Encik Aeh :p Haha.



Dataran Quayside. Kat sinilah terletaknya Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka.

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka. Air di sini agak busuk. Yalah, air sungai kan. Tapi masa zaman Kesultanan Melayu Melaka tentu-tentulah kincir air ni tak secantik macam ni kan.

Ini Muzium Samudera. Masuk dalam muzium ni berharga Rm3 saja. Macam-macam cerita sejarah ada dalam tu. Silakanlah. Melawat Melaka bererti melawat Malaysia :p

Menara Taming Sari. Lokasinya sebelah Muzium Samudera dan Dataran Pahlawan Megamall. Dari benda alah ni wujud sampai sekarang aku tak pernah naik. Teringin jugak tapi tak ternaik-naik. Harga tiket pun tak sure berapa ringgit. Fakta pasal Menara Taming Sari ni kau boleh Google sendiri. Ini tempat terakhir kami jejak, lepas tu gerak balik KL. Tata.

The end.

Captured by : Aeh
Wrote by : Zuzu

No comments: