Jul 6, 2010

My baby boy vs ulangtahun pertama

4 Julai 2010 : Hari ulangtahun perkenalan dan pertemuan pertama aku dengan Encik Aeh. Baru setahun hubungan kami, bukannya lama. Tempoh setahun sangat sekejap. Dan dalam tempoh tu, aku rasa aku selesa dengan Encik Aeh walaupun ada masa untuk tengkarnya. Biasalah hubungan semanusia, bohong kalau indah belaka. Tapi kami tak sambut dengan kek, hadiah, dan yang indah-indah seperti yang lain-lain. Cukup dia ada depan mata. Lihat baik dia, nampak indah dia, buta cela dia, kosong jahat dia. Cukup.

Keluar berjalan-jalan, bukan dating berdua, tapi bertiga. Ya, ada orang ketiga. DD a.k.a Dani. Anak kami untuk sehari itu sahaja. Cukup letih bersama dia tapi seronok tengok telatah dia :)

Suka betul DD berjalan, naik tren, turun tren, naik monorail, turun monorail. Tengok tu, dia dah main-main kat situ.



DD dengan candy dia. Masa sebelum beli candy tu untuk dia, tester kat kedai tu dah banyak dia sebat. Orang kedai dah tengok style tak puas hati. Okaylah-okaylah aku beli.
Nah, terduduk dia makan candy tu sampai puas.
Yang ni dalam LRT nak balik. Ya ampun, punyalah tak reti duduk diam. Patutnya sesiapa yang pegang baby dapat duduk walaupun LRT penuh, tapi ni memang taklah! Dia boleh berjalan-jalan dalam LRT tu. Adeh.




Anniversary aku dan Encik Aeh bukan berdua, tapi bertiga.


Selamat ulangtahun kekasih :)

2 comments:

liezza izz said...

eceh2...g ngedate xajak ak...
sian bdak tu...bg mkn candy je..ish3...

ak pn nk wish la..slmt ulag satu thun prknlan..wakaka...(poyos je wish ak tu)smoga kekal hingga k jinjang la ye weh..ak tggu nasi myk kome plak...

cikzuzu said...

dia dah nampak candy je liza, before tu dia dah makan nugget kfc,hihi.

kau sorang je la yang wish,hehe. tq2.