Jul 3, 2010

Tujuh jam setengah

Semalam aku pergi KL lagi. Berjalan-jalan sama kekasih hati, ecehhhhh... *muntah hijau.
Sama Encik Aeh la, siapa lagi kat KL ni kalau bukan dia. Jalan-jalan ke Masjid Jamek, cari brooch dan getah ikat rambut, kehkehkeh. Masuk Mydin, bau gila haruk bacin nak mampus. Penuh bangla ala-ala Sanjay Dutt. Bukan Shah Rukh Khan okay, aku peminat dia.

Dari Masjid Jamek ke Hang Tuah naik LRT. Ke Bukit Bintang naik monorail. Yes, kami malas jalan kaki. Penat, panas dan malas, walaupun dekat gila sebenarnya stesen Hang Tuah ke Bukit Bintang.

Kali ni naik monorail best, kosong okay. Kalau tak, mesti aku berdiri punyalah. Monorail tu macam sardin, tak pernah nak kosong sekosong hari semalam. Berhimpit-himpit sampai terbau-bau badan orang. Melayu takpe, kalau depan aku bangla?



Lastly before balik, makan-makan-makan. Lapar. Yang tak puas hatinya, ayam KFC dah semakin kecut kecik. Nugget jangan cakaplah, tak sempat buat taik gigi dah. Coleslaw pulak entah bila punya dia bagi. Rasa payau-payau Encik Aeh kata. Kihkihkih. Minggu lepas punya coleslaw kot dia bagi kita orang kot. Eewwww. Tunggu Encik Aeh kata sakit perut nak cirit-biritlah, kalau betul terjadi, sah-sah coleslaw tu puncanya.

3 comments:

Clara Emily Cancer said...

ko g makan kfc dgn chan ke?

cikzuzu said...

aah. dgn chan. ko bila nk dtg kl ni? :P

liezza said...

oit..apsal xkuar ari sbtu..ak jnuh la pusing2 kt sogo tu..shoppg..hehe...
wani pn ad kt sogo..tp xjmpe jgak..hehe