Jul 1, 2010

Dating, selipar dan bas

Tengok! Aku dah ada selipar baru. Tadaaa! Sebab selipar yang lama, besi dalam tapak selipar tu sudah terkeluar, kehkehkeh. Sekarang boleh jalan-jalan dengan selesa. Yeehaw!
Nampak macam happy gila, padahal selipar sakai je aku beli. Mestilah happy, sekarang jalan-jalan pun dah tak dengar besi selipar tu terseret-seret kat lantai.


Aku dengan Encik Aeh ke KL sebab nak beli selipar, sekali Encik Aeh rembat satu beg sebab dia tengah masyukkkkkkk gila! Haha. Masa yang sesuai untuk menunjukkan muka dan perangai gedik mintak dia belanja.

At last kegedikan tak menjadi, no belanja :(

Pergi KL naik LRT, tapi balik naik bas. Tunggu bas sangat lama, tak suka! Duduk dalam bas pun lama, tak suka! Ini first time naik bas kat KL, agak jakun, tapi tak suka! Bukannya tak pernah naik bas, dalam U pun aku pernah naik bas apa... Kami orang kedua terakhir turun bas. nampak apek cina tu, dia last person dalam bas with the driver. Tak tau dia nak pergi mana. Sebab Bandar Tun Razak is the last stop.

2 comments:

mama_izz said...

mama pun suka pakai selipar gi man2.. mudah.. senang & selesa.. hehhee

cikzuzu said...

samalah kita :)