May 18, 2011

#The Olskul 1

Assalamualaikum.

Terlalu banyak masa terluang bila kita dah jadi penganggur. Tapi memandangkan aku seorang yang sangat baik hati dan mempunyai tahap kerajinan yang tinggi, aku akan memasak, mengemas rumah, menyapu, memberi haiwan peliharaan makan dan yang terbaru aku pergi warung tolong Abah berniaga. Ni pun aku baru balik.

Dah dalam takde apa nak dibuat, aku bongkar-bongkar semula album yang Mama simpan. Sesaja nak tengok gambar-gambar lama, masa kecik-kecik dulu. See, apa yang aku jumpa? Yes, I know I'm cute. (cehhh...)

Kalau aku boleh tau apa yang aku rasa masa aku 4 bulan ni, mesti seronok. Baby-baby dulu manalah kita tau apa-apa. Best je kena dukung, kena usap-belai segala bagai. Aku anak sulung, seriously mesti Abah Mama bangga gila aku lahir kedunia. Hamboi, macam aku tau je :p Ya, sila bersyukur.

Time nih dah setahun, biasanya baby akan jalan start dari 10 bulan ke atas. Baru je aku upload kat Facebook gambar setahun ni, ada pulak makhluk tuhan paling seksi cakap aku macam lelaki. Cis! Takpe-takpe, aku terima sebagai pujian. That's mean aku kuat, gagah. Kau apa tau.

Dah 2 tahun ni ha, peluk-peluk panda, entah siapa punya aku rembat. Aku tak ingat satu hape pun cerita-cerita masa aku kecik-kecik. Blank, memang hitam tak ingat hape. So, takdelah benda nak dicerita kat sini.

Kbai!

4 comments:

hairulezam said...

serius muka sgt cute...tapi tak leh lawan aku r......sory r beb..hahah

juleha.aripen said...

haaa...tunjuk sikit muka yang aku takleh lawan. bak mai bak mai.

N.A.M said...

muka agak ceria spt selalu..ahahaha...ko ada makan pil2 pape ker smpi nampak 'cergas' semacam masa kecik2? kacip fatimah maybe??? hahahaha..

juleha.aripen said...

tu keturunan doh. terbaik dari ladang. takde pil-pil. hehe.

Daisypath Happy Birthday tickers