Feb 8, 2011

Bebot sedang gering, semoga dia cepat sembuh

Assalamualaikum

Sedih bila tengok gambar Bebot jadi gini. Dua hari lepas mama mms gambar Bebot. Lepas tuh angah aku pulak post gambar ni kat wall Facebook aku. Serius, aku menangis bila dapat mms mama. Sedih weh. Dari kecik dari baby aku jaga si Bebot ni. Biru dah mati, takkan Bebot nak ikut Biru jugak. Oh tidak! Tiap-tiap hari duk tengok gambar Bebot, hari-hari jugaklah berharap Bebot sembuh.

Mama kata Bebot kena gigit dengan kucing jantan. Tapi kenapa kucing jantan nak gigit Bebot, Bebot pun jantan. Gay ke kucing jantan tuh +_+ Semalam angah kata, kawan dia bagitau yang Bebot mungkin kena air kencing katak. Berasid sangat ke air kencing katak tuh sampai bulu Bebot tanggal, kulit Bebot takde, nampak daging Bebot yang merah tuh. Sedih tengok keadaan Bebot. Bebot dah taknak makan. Minum pun kurang. Jalan terdengkot-dengkot. Sakit sangat mungkin. Bebot selalu cakar-cakar pintu nak masuk, nak minum air kat bilik air dalam rumah. Dia tak suka air kat luar, kotor mungkin.

Entah macam mana keadaan Bebot harini.....

2 comments:

Anonymous said...

sedey ok bace entry ko...sob3!! ak touching sket bab2 kucing nie...apatah lagi aku kenal bebot sejak die kecik lagi..(tgk gambar jela bebot ngan biru dlm sangkar tue).. dah sakit mcm nie pon bebot kena tido luar eh?

cikzuzu said...

ish, masa aku dapat mms mama aku lagilah sedih weh. dahlah bebot tu aktif, tetiba je dia sakit. dia still tido luar sebab dia kerap kencing, dia tak mau makan, dia cuma minum je.