Feb 4, 2011

Hari Melawat KL 3

Assalamualaikum
Ok, macam dah boring asek-asek post gambar yang macam ni. Eh, aku peduli apa, nanti aku dah jadi nenek, Chanhonam dah jadi atok kepada cucu-cucu kami nanti, aku aku tengok balik masa-masa kitorang pergi jalan-jalan macam ni. (ehem-ehem berangan kejap jadi nenek. ehem-ehem)



Kat sini dah takde dah nak silang-silang kaki bagai. Tiap-tiap bergambar nak silang kaki, kau ingat kau Scha Al-Yahya ke apa. Kurus pun kurus la, keding pun keding la +_+

Jalan-jalan kitorang bukan jalan sembarangan tau. Time ni memang rasa patriotik gila. Excited weh, aku tak pernah pergi Tugu Negara weh. Dah 24 tahun baru dapat pergi, cis! rasa macam pelancong pulak.

Aku siap nyanyi lagu apa tuh, lagu yang bunyi dia gini 'semboyan telah berbunyi..bla...bla...bla..' Ha...aku siap ajak Chanhonam nyanyi, tapi dia buat dek muka beberapa sen dia. Adey. Tak dilayan langsung, sibuk ambil gambar, macamlah dia tuh pelancong. Lainlah macam aku, aku memang pelancong tau! Dia orang KL, takkan tak pernah pergi Tugu Negara!


Tengok! Punyalah sombong dan angkuh taknak diambil gambar. Cis!

No comments: