Feb 18, 2011

T-shirt Group G muat-molek di badan

Assalamualaikum

Pesanan awal: Entry ini mungkin hanya diketahui oleh penghuni Group G sahaja. Sila berjaga-jaga.

Kelas kitorang dah setuju nak buat t-shirt khas dipakai semasa site visit kat Johor Bahru nanti. Tapi site tak dapat lagi, t-shirt dah ada +_+ Sekarang, t-shirtnya dah siap! Aku dengan Iempian dah pakai dan amek gambo lagi kau! Laju gila. Tetiba je excited nak pakai, last-last badan kita orang gatal-gatal. Baju belum basuh tapi mengada-ngada nak pakai. Ha, amek kau. T-shirt ni kita orang pakai fresh dari ladang, tak sampai beberapa jam received from Mizo.

Mujur sangat size yang kita orang tempah muat-muat-molek-molek je kat badan kita orang :) Senyum sampai telinga , dah tak risau tentang size. Tapi kesian kat others yang silap tempah size.

Kat belakang ada tulis nama-nama penghuni group G, tapi lupa pulak nak capture. Tak dapat nak tunjuk nama aku yang sesedap mulut nak sebut tu :p

Bertambah dah koleksi t-shirt hitam dalam gobok.

Oh lupa nak kasi tahu, itu kawan saya, nama dia NurNaim Mohamad Said. Kawan-kawan lain panggil dia Iem, tapi saya panggil dia Iempian. Tapi Ustaz Mohtar kata, panggil nama penuh tu bagus. Nampaknya saya kena panggil dia NurNaim mulai sekarang!

No comments: