Feb 27, 2011

Takde arah di Empire

Assalamualaikum

Hari sabtu lepas, Ima ajak aku pergi jalan-jalan cari pasal, tak tau mana nak pergi, rasa macam takde arah tujuan. Tapi aku ikut je, kalau duduk rumah pun bukan ada siapa, aku sorang je. Dah lepas cari pasal, tup-tup je dah sampai KL. Ceh, konon je tup-tup :p

Siap pergi Jalan TAR, Sogo segala bagai. Last sekali nak balik pun sempat lagi singgah Emperior Subang Jaya. Ni kira second time aku pergi, tempat ni hi-class je, biasalah I budak kampung, pergi jalan TAR je I mampu.




Kan I dah cakap, I tak mampu masuk butik GUESS neh, berdiri kat dinding luar je.

Ha, yang ni mampu masuk. Masuk je, beli tak. Cantik kan bola-bola-api kat siling tu, dah macam candy warna dia.


Kalau dah sampai tingkat atas, lepas tu rasa malas gila nak turun bawah guna eskalator, boleh guna tube slide neh. The World's Longest Indoor Tubeslide ok, jangan memain, kat sini je ado. Aku tak sure la berapa tingkat tinggi tube slide neh, tapi boleh tahan la tingginya. Sekali masuk RM12, hamek kau sekejap je sampai bawah. Kau guna eskalator = free.

No comments: